•7:31 AM


sapa yang bertunang tu??
haaaa..


Meh sikit nak habaq hang pasal pertunangan..
org kata org bertunang ni darah manis...
eh3..penah try minum k?hahah..xde2..>__<
duk belek2 kat intenet ni ceq jmpa lah bbrp artikal pasal2 ni..lama dah taw tapi saja ja malas nk tulis..
kalo tak bagi definasi pertunangan dah taw la kan apa itu pertunangan kan?
tak taw?pi cri kat pakcik GOOGLE yg baek hati sana...>__<




Untuk peringatan diri jgk sbnarnya, biar pun seorang lelaki dan seorg perempuan itu telah bertunang, hakikatnya mrka berdua tetap warga asing yg x diharuskan bergaul bebas atau apa2 hak yang diberikan hanya kepada pasangan lelaki dan perempuan yang telah berkahwin secara sah.

Pertunangan tidaklah perlu dihebahkan.

Nabi SAW sendiri ada mengingatkan kepada kita:

“ Rahsiakan pertunangan dan iklankan (maklumkan) tentang perkahwinan ”
(Hadith riwayat Ahmad dari Abdullah bin Zubair Radhiyallahu ‘anhu.)


Pertunangan adalah suatu komitmen yg belum pasti. 
Ia mungkin berakhir dgan perkahwinan, boleh juga tamat pda kesudahan yg x diharapkan. 
Namun ulama’ menjelaskan bahawa di antara hikmah Islam menggesa pertunangan itu tidak dihebah-hebahkan ialah kerana untuk menjaga nikmat ini daripada dirosakkan oleh hasad manusia yang bertindak tidak baik. Ia dijelaskan demikian di dalam Hashiah al-’Adawi ‘ala Sharh Mukhtasar Khalil.

Kerahsiaan pertunangan itu juga menjadikan kita terkawal dari berkelakuan seperti sudah bersuami isteri kerana hakikatnya seorang lelaki dan perempuan yang bertunang, masih asing dan sedang berada di medan ujian mengawal diri dan bijak mengatur komunikasi dengan pasangan yang bakal menemani hidup… 
selama-lamanya sampai mati...


Antara hikmah menyembunyikan pertunangan;-

- Perkara belum pasti terjadi atau berlangsung pernikahan tersebut 
(kita merancang, Allah yang Menentukan).

- Antara kedua pihak masih lagi ajnabi, untuk mengelakkan drpada fitnah dan perbualan umum.

- Mengelakkan drpada niat xbaik tuk menjatuhkan/meleraikan ikatan pertunangan.

Maka secara kesimpulannya, semoga kita semua dijauhkan daripada sifat2 mazmumah. Bagi sahabt2 yang telah meraikan pertunangan, mahupun bakal meraikan, didoakan ukhuwwah Islamiyah akan terus mekar subur serta pertunangan kekal ke pernikahan.


Astaghfirullahazim, semoga ALLAH mengampuni segala dosa-dosa yang kita lakukan samada sedar atau pun tidak...


semuanya di tangan tuhan..



|
This entry was posted on 7:31 AM and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

0 kata-kata curiga: