•12:54 AM





mesti korang tertanya2 ni untuk ape kan..
sebenarnya program nie elok untuk adik2 lepasan SPM,form 5,STPM,STAM n yang nak tahu camner alam universiti..banyak gak aktiviti2 menarik,cam kayak,riadah2 laen dan sebagainya..tapi banyak jugak tentang pendedahan pasal U,ape perlu buat,ape yang perlu tahu tentang U,camner cara nk masuk U,nk isi borang camner n sebagainya..jadi kepada yang berminat meh lee join..contact no kat atas 2 ye..ok!jumpa akak disane ye..

Alang2 korang boleh ronda2 UiA..heheh..
Orang kata,tak kenal maka xcinta!!ceeewahh..haha..
jadi budak UiA before dapat surat tunggu tawaran kan kan kan..
bila agi..moh le...see u !!




Links to this post
•10:40 AM



14032011


Awak,baca sampai habis taw..nati nyesal...hmm..

Awak, awak ingat lagi tak masa kita mula-mula jumpa dulu? Waktu tu saya dok belajar kat Cfs Nilai lagi. Saya jumpa awak kat Seremban, Time tu saya selalu g KL.Ala saya kan kaki jalan..hehe..first time tu saya gi jauh2 naik bas then KTM.. haha. Saya gi ngan kawan saya,(ramailah..xingat dah brp org). Awak ingat lagi kan kat diaorang?


Waktu kita mula-mula jumpa, saya terus terpikat kat awak. Walaupun kat situ ramai lagi yang lebih hensem.. maklum la kat tengah-tengah bandar, banyak pilihan. Haha,(gatai!=p) sebenarnya memang time tu saya ngan kawan saya gi KL then gi Seremban sebab nak usha awak ngan geng-geng awak pon.. hehehe.mane leh gtaw awak..xsurprise la kan kan kan..hehehe

Biar awak tahu, sebenarnya sebelum jumpa awak sebagai pendamping hidup saya, saya buat solat hajat dulu, solat istikharah dulu supaya saya akan jumpa yang paling sesuai dan baik untuk saya. Saya tak mahu salah pilih dan hubungan tak kekal lama.


Dari hari itu la bermulanya hubungan kita..seingat saya hubungan kita bermula pada ______ kan kan. Saya tak penah lupa tarikh anniversary kita :) Tapi sejak hari tu jugak la hubungan kita mendapat tentangan daripada mak saya. Bila dapat tahu hubungan kita masa tu, mak saya marah sangat. Mak marah kenapa pilih awak? Kenapa tak bagitau dia dulu sebelum saya pilih awak.. Kan saya baru je masuk matrik, takut nanti terganggu pelajaran. Mak saya marah dan bimbang nanti kot2 saya asyik dgn awak je..saya selalu citer pasal awak kat mak saya supaya mak saya dapat tima awak..hmm..susah taw nk suruh mak saya suka awak..


Tapi lama-lama akhirnya mak dapat menerima awak dalam hidup saya. Sejak zaman matrik, kemudian masuk universiti, awak setia menemani saya. Itu yang membuatkan mak saya kagum pada awak! Kadang-kadang kita ada masalah, kadang-kadang awak buat hal, tapi bagi saya itukan kebiasaan.Setiap hubungan pasti ade masalah kan.Dugaaan...huhu.. Mana ada yang sempurna.Saya selalu sibuk..tapi awak selalu d hati saya..saya xpenah lupakan awak. Saya pun kadang-kadang abaikan awak, tinggalkan awak.. Saya minta maaf k..janji tak buat dah..saya akan sentiasa dengan awak=)


Tapi sepanjang hubungan kita, saya paling tensen ngan awak bila awak janji nak kejutkan saya suatu pagi tu, sebab ada hal penting. Tapi last-last awak tak kejut.. awak senyap je. Saya marah sangat sebab bangun lewat. Tapi rupanya masa tu awak tak sihat.. awak tak cakap pun. Tapi salah saya gak sebab tak concern.. huhu. Masa tu hubungan kita baru masuk 4 bulan.


Lebih setahun lepas tu saya bersendiri,awak biarkan saya senyap. saya sedih dan sunyi sangat.. baru saya tahu tak lengkapnya hidup saya tanpa awak. Tapi saya ngaku, dalam tempoh tu senarnya ada yang lain cuba memikat saya. Nak gantikan awak dalam hati saya. Tapi sori la saya nak layan.. awak je yang bertakhta kat hati saya. Saya tetap tunggu awak sembuh.br saya taw awak sakit.saya pom sakit.sakit hati.huhu..


Lepas kejadian tu, saya nampak awak jadi semakin kuat. Awak dah tak mudah sakit lagi.Awak pom selalu concern pasal saya..SAYANG AWAK!! Sejak itu kita tak penah lagi berjauhan. Saya gembira sangat.hubungan kita kekal hingga sekarang walaupom banyak dugaan yang kita tempuh bersama.


Awak, saya minta maaf sebab sepanjang tempoh hubungan kita, saya selalu terjatuhkan awak. Tapi awak langsung tak mengeluh, marah atau sakit. Saya selalu sakit kan awak..tapi awak senyap je layan kerenah saya..Saya sangat kagum ngan awak! Sekarang dah hampir 3 tahun hubungan kita, kan? Saya pun tak penah sangka yang kita akan kekal sejauh ini.


Makin lama, makin ramai yang saya jumpa yang lebih cantik,hensem dan 'up-todate', tapi saya tak kisah. Saya buat derk je. Dugaan gak la rasa. Memang saya tak nafikan, member-member saya selalu je bertukar-tukar pasangan. Ada yang tiap-tiap sem tukar! Mak aih, diorangkan suka tukar2 nie..tapi bukan saya..saya setia je gan awak..awak adalah segalanya bagi saya..

Tapi awak jangan risau ek, saya akan tetap setia ngan awak! Selama mana awak mahu terus bersama saya dan setia pada saya, saya takkan tinggalkan awak! Sebab dah banyak sangat kenangan yang kita kongsi bersama. Awak pun dah kenal sangat saya macamana kan? Huhu..Dari matrik sampai lah saya masuk UiA nie..hehehe..


Akhir kata, saya nak awak tahu yang saya sangat sayangkan awak! Awak sangat hebat buat saya. Dan saya minta maaf atas setiap kekurangan saya selama ni. Saya harap sangat kita akan tetap bersama dan saya nak awak ada masa saya dapat genggam segulung ijazah nanti! Awak tunggu tau..


Buat awak yang sentiasa setia,

Suka duka kita hadapi bersama,

Semua kenangan kita lalui bersama,

Terima kasih kerana menemani saya.

Buat awak yang sentiasa setia,

Sungguh saya tak pernah sangka,

Kita akan kekal bersama sangat lama,

Terima kasih kerana memahami saya.

Buat awak yang sentiasa setia,

Tanpa awak saya tak tahu hidup ini bagaimana,

Tanpa awak mungkin saya tak kemana-mana,

Terima kasih kerana sempurnakan saya.

Buat awak yang sentiasa setia,

Kekurangan saya awak terima seadanya,

Kelebihan saya kita rai bersama,

Terima kasih untuk segala-galanya.



p/s; Awak jangan risau ek, saya akan tetap setia ngan awak. Walaupun kat luar sana nun bermacam-macam jenama baru yang keluar. Acer ada,Motorola, HTC ada, Samsung ada, iPhone lagi laa.. ishk, dugaan tol.

Tapi awak sentiasa di hati saya, owhh henset Sony Ericssonku..hahahaha

kang korang dah kena tipu..haaa..jiwang agi..kahkahkahkah






*mood malas bt asgment..huhuhu..mula la mgarut..wakaka..

*Awak!!tima kasih kejutkan saya pagi2(^__^)v

hahahaha..




Links to this post
•10:37 AM


Ya Allah...

Seandainya telah engkau catatkan... Dia milikku tercipta buatku...

Satukanlah hatinya dengan hatiku... Titipkanlah kebahagian antara kami....

agar kemesraan itu abadi... Dan ya Allah...

ya tuhanku yang maha mengasihi... Seiringkanlah kami melayari hidup ini... Ketepian yang sejahtera dan abadi...

Tetapi ya Allah...

Seandainya telah engkau takdirkan... dia bukan miliku... Bawalah ia jauh dari pandanganku... Luputkanlah ia dari ingatanku... Dan peliharalah aku dari kekecewaan....

Serta ya Allah ya tuhanku yang maha mengerti... Berikanlah aku kekuatan... Melontar bayangannya jauh ke dada langit... Hilang bersama senja nan merah... agar aku bahagia... Walaupun tanpa bersama dengannya...

Dan ya Allah yang tercinta... Gantillah yang telah hilang... Tumbuhkanlah kembali yang telah patah... Walaupun tidak sama dengan dirinya...

Ya Allah ya tuhanku...

Pasrahkanlah aku dengan takdirmu... Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan... Adalah yang terbaik buat ku... kerana Engkau maha mengetahui... Segala yang terbaik buat hamba Mu ini...

Ya Allah...

Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku... Di dunia dan di akhirat... Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini... Jangan engkau biarkan aku sendirian... Di dunia ini mahupun di akhirat... Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran... Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman... Supaya aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup... Ke jalan yang Engkau redhai... dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh....

Amin.. Ya Rabbal A'lamin.




Ya Allah..seandainya "dia" mengetahui doa ini.......(T__T)

berikan lah yang terbaek untuk kami...



Links to this post
•5:03 AM

Kisah-kisah rumahtangga, sebut-sebut pasal POLIGAMI,

bincang-bincang suami lebih muda dari isteri dan pelbagai cerita serta tauladan yang dapat diambil marilah kita bersama-sama talaudani kisah ROMANTIK RASULULLAH SAW bersama isterinya.

Rasulullah SAW adalah contoh yang terbaik seorang suami yang mengamalkan sistem Poligami. Baginda romantik kepada kesemua isterinya. Disebutkan satu kisah pada suatu hari isteri-isteri baginda berkumpul dihadapan baginda lalu bertanya

"Siapakah diantara mereka (isteri-isteri) baginda yang paling disayangi..??".

Rasulullah SAW hanya tersenyum lalu berkata, "Saya akan beritahu kamu kemudian."

Selepas daripada pertemuan itu, Rasulullah telah memberikan setiap seorang daripada isteri-isteri baginda sebentuk cincin. Baginda berpesan supaya tidak memberitahu kepada isteri-isteri yang lain. Lalu suatu hari hari mereka berkumpul lagi dan bertanyakan soalan yang sama.

Rasulullah SAW lalu menjawab, "Orang yang paling aku sayangi ialah yang kuberikan cincin kepadanya". Isteri-isteri baginda tersenyum puas kerana menyangka hanya diri mereka sahaja yang mendapat cincin dan merasakan bahawa diri mereka tidak terasing.

Tidak ketinggalan amalan-amalan lain yang boleh dilakukan untuk mendapat suasana romantik ini Rasulullah SAW ada bersabda yang bermaksud :

"Apabila pasangan suami isteri berpegangan tangan, dosa-dosa akan keluar melalui celah-celah jari mereka.."

Rasulullah SAW selalu berpegangan tangan dengan Aisyah ketika di dalam rumah. Baginda acap kali memotong kuku isterinya, mandi junub bersama, dan mengajak salah seorang dari isteri baginda pergi musafir (mengikut undian) untuk menambahkan lagi kasih sayang di antara mereka.

Inilah serba sedikit kisah romantik Rasulullah SAW agar dapat kita tauladani dan praktikkan dalam kehidupan berumahtangga. Pada suami-suami yang budiman selepas ini peganglah tangan isteri anda setiap waktu, setiap masa dan setiap saat begitu juga pada isteri-isteri solehah peganglah tangan suami anda bagi menghapuskan segala dosa-dosa.

Pada yang belum berumahtangga tu cepat-cepatlah mendirikan rumahtangga kerana dengan perkahwinan itu boleh menjamin anda kesyurga.


"Ya Allah cantikkanlah akhlak ku seperti mana cantiknya akhlak Rasulullah SAW, tenangkanlah hati ku bagai tenangnya air di tasik, dan serikanlah wajahku bagai bercahayanya bulan purnama di hari berserinya wajah orang-orang beriman..."

(^_^)v



Amin Ya Rabbal A'laminn.........



*ehem ehem cik abg!!..

klo xmampu adil jgn pasang angan2 nk POLIGAMI..ciap jap agi pinggan mangkuk,sudu garpu,periuk segala jenis macam terbang ye bang,i cincang u lumat2 ciap blender kang...xmarah..ingat kan je..hehe=p




Links to this post
•9:12 PM





eh2 bukan saya yang kawen..hahaha..





Tadi tengok2 belek2 balik gambar2 dlm labtop nie..
tetiba teringat balik time kakak sepupu kawen..seronok!!!
xsempat nk update..
so layan je lah..



part famili kami bergambar dgn pegantin..



Haaa..teka2 nie sape???hahaha..
pengapit je ok..belum kawen agi..hahah..tak sampai seru agi..
semue org terkejut lps kene make up dgn mak andam..laen terus!!kuakua3


mama and spupu kami,Firas Comeyy!!


ok!!nie mimi,adik no 3 and Mursyid Cute!!

anak sdara and mak sedara yg kamcing habis!!
macam kakak sy dah jdi nye...heheh






Links to this post
•8:46 PM


video



Sebenarnya bila tengok video ni rasa nk gelak sorang2 je..hahaha..
kenapa???try korang tengok..kalo korang budak U mesti lebih kurang je kiter..hahah
macam terkena cikit2 situasi tu..hahaha
saya yang tension2 sedey2 dgn subjek2 saya nie boleh gelak sorang2 taw..hehe..
jangan lah buat camnie..bahaya sangat taw!!haha..

ok..selamat menonton!!!(^____^)




Links to this post
•8:09 PM


cuba korang baca citer nie..konfem mnyesal kawen..........


Ini cerita aku.. Aku (bukan nama sebenar) baru je kawin, ngan pilihan mak aku. Aku tak penah kenal pon dia (bukan nama sebenar gak). Tapi mak punye pasal kan, aku terpaksa follow je la. Arghh, nyesal giler kawin..

Kalau dulu masa belom kawin, ikut suka aku je nak tido kol brape, nak bangun kol brape. Pastu kadang2 sampai tengah hari tido, sampai terlepas kuliah.. haha. Tade orang marah pon. Lecturer pon tak marah.

Tapi skarang, nak tido lewat sikit je ade orang sound. "Jom la bang tido...". Pastu kalau tak bangun Subuh memang kena cubit peha la aku ni. Kesian kena buli..

Kalau dulu masa belom kawin, ikut suka aku je nak makan kol brape, nak makan ape. Boleh makan best2, sebab beli kat kedai.. Tapi skarang, huhu.. Macam budak kecik je, kena ikut jadual makan! Dah la kadang2 dia masak masin la, pahit la.. Pastu kadang2 dia bagi aku makan sayor je bebanyak. Tak makan kang kecik hati lak, pastu tulis kat status facebook dia. Arghh, nyesal giler kawin..

Kalau dulu masa belom kawin, ikut suka aku je nak shopping bile, kat mane, nak beli ape.. Kira berbelanja tanpa waswas la. Tu yang shopping kejap je melayang 2 3 ratos skelip mata. Hohoho.. Tapi skarang, nak pegi shopping je, dia dah siap2 ngan list barang nak beli. Tade dalam list, tak leh amik!! Dah la berejam-jam pusing.. Leceh tol la orang pompuan nih. Muka dia takyah citer la, memang ceria je kalau masok shopping mall. Aku je yang muka tensen. Arghh, nyesal giler kawin...

Kalau dulu masa belom kawin, rambut aku ni macam2 pesen la bleh buat.. Ala Korea bleh, ala Carles Puyol (Kapten Barcelona) pon bleh buat, tade orang sound. Tapi skarang, panjang sket je kene sound.. panjang sket je kene sound.. Dia kata x hensem la, x kemas la.. Tak potong kang dia tanak ironkan baju aku lak. Haisshh.

Ade satu hari tu, masa makan kat JUSCO, ade la sorang awek comel melintas depan kitorang. Aku pon terpandang awek tu tanpa niat (ikutkan tak berdosa la kan?..) ADEH!! Terus kena cubit peha aku dari bawah meja. Cemburu buta lak bini aku (mentang-mentang la aku hensem..). Ape lagi, menjerit la aku kat situ.

Maunye tak kuat, satu foodcourt tengok kitorang, termasuk awek tadi.. Arghh first time kot rasa malu giler camtu. Rasanye muka aku lagi merah dari sos cili atas meja. Sakit wooo bini aku cubit. Huhu.. Kesian la kat bakal anak-anak kami nanti. Haha..

Tapi yang bestnya, skarang aku dah xyah basuh baju, iron baju sendiri.. Sume dah ready made. Hehe. Bab-bab iron baju ni memang aku x berapa sket. Kalau dulu masa belom kawin, skali iron baju, sebulan aku pakai. Haha. Malas basuh sebab tanak iron lagi! (Oppss kantoi..). Pastu baju2 bergelimpangan atas katil. Aku memang suka tido atas kain baju ni (padahal malas kemas). Skarang... hehehe.

Lagi yang best, time aku demam ke, x sihat ke, rasa diri ni cam dihargai je.. Yela, kira ade orang take care la. Totalcare!! Hehehe.. Kalau masa belom kawin dulu pepandai la bawak diri kalau demam. Huhu, sadis3..

Pastu kan, skarang kehidupan aku kira tersusun la.. Maklum la dah ade 'PA'.. Kalau banding ngan dulu, hmm.. x produktif sangat la kehidupan aku. Sekali-sekali dia kejut aku bangun solat malam, kadang-kadang dia tegur kalau aku lama tak baca Quran.. Hmm sejuk hatiku. Maklum le kita ni bukan malaikat, iman turun naik. Jadi kena ade yang tolong ingatkan. Ini la pentingnya cari isteri yang solehah!

Buat isteriku yang comel dan tercinta

Terima kasih kerana marah kalau abang tido lambat

Boleh la abang bangun awal-awal pagi

Then kita solat Subuh sama-sama..

Tapi kalu abang tak bangun gak,

ayang cubit je pehe abang

abang xkan murka..

Lagi abang sayang ade la..

Buat isteriku yang comel dan tercinta

Terima kasih kerana jaga makan minum abang

Tengok skarang abang da nak gemok da

Takde la kurus je macam mula2 kawin dulu..

Ke memang nak abang jadi gemuk ni?

Ayang takut orang lain berkenan kat abang ek?

Jangan bimbang atau ragu okeh,

Cintaku hanya eksklusif untukmu sayang..

Buat isteriku yang comel dan tercinta

Terima kasih kerana tolong iron baju abang

Sebab abang memang allergic sket bab iron2 baju

Jangan risau la nanti abang potong rambut..

Skarang abang dah tak selekeh macam dulu

Rambut da kemas, baju da kemas, senyum memanjang

Hidup terurus, amal pon terjaga, badan pon berisi juge

Argghh, nyesal giler kawin LAMBAT!!!




hehehe..menyesal kawen LAMBAT!!!

haa pe agi..g la kawen cpt2..hakhak3...


Links to this post
•8:01 PM



video


senyum.....heheh..
tak perlu kata apa-apa..(^______^)v

someone buat saya hepi!!!!

*thank make me hepi...so,di pendek kan citer..sebab nk cepat2 abis so sy ambek byk2 subjek..mula2 ok..then saya mengalami masalah dgn 1 subjek nie..di sebab kan subjek 2 susah ckit dan saya nie sagat-sangat lah buzy dengan program..carrymark saya agak tak xstabil..so,dipendek kan citer,sy dah drop 1 subjek..sayang pointer la..carrymark teruk ckit..xdpt nak tima kalo dapat C or C+..huhu..terbang duit RM300 tuk drop subjek nie..huhu..UiA makan duit!!
Dah nak abis sem kot drop..(~__~)sayang nk drop tapi........pointer skrg pom syg..huhu..tak nak jatuh..xde pilihan..last sem insyallah saya ambek balik subjek 2..doakan saya dapat A..xnak B or C..hehe..cukup takat B sudah..hehehe..insyallah..saya akan berusaha agi!!=)

to awak yg msg sy bagi kata2 semagat tima kasih..saya dah tak sedey dah..thank sebab selalu bagi semangat time2 saya down n serabut2..
thank 4 yr msg!!appricate!!(^__^)v


Links to this post
•7:33 PM




Assalamualaikum...hehe..lama dah update..
buzy laaa..tak sempat..
so ni ada sedikit artikal..so layan je lah..(^__^)v




Lelaki perlu tahu yang perempuan:

  1. Bukan bermaksud suka merajuk, tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian.(btol k??bolehlah..hahah)
  2. Bukan bermaksud cerewet tak tentu hala, kadang kala wanita ingin lelaki mengikut kata-katanya sekali sekala.
  3. Ibarat sehelai sutera, cantik, mulus, lembut dan mudah tercarik dan koyak. Walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab kesalahan, biasanya wanita akan ingat kesalahan tersebut untuk disimpan jadi pengajaran. Bukan dendam.
  4. Ikhlas seorang wanita tak perlu diragui.
  5. Wanita sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang amat disayangii, termasuk ibu bapa, anak-anak dan suami. Wanita amat tabah.
  6. Sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam kerana wanita itu prihatin.
  7. Walaupun dia adalah seorang wanita yang pandai berdikari, naluri seorang wanita masih lagi tetap seorang wanita. Suka bermanja bukan hanya kepada insan yang bernama lelaki, namun juga sesama kaum...(^_^)v
  8. Wanita yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi egonya apabila bersemuka dengan yang dicintai.
  9. Cinta pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan tulus.
  10. Seks bukanlah segala-galanya buat wanita kerana wanita diciptakan dengan 9 nafsu dan satu akal. Nafsu yang banyak dan tidak tertumpu kepada satu saja. Lelaki pula dijadikan dengan 9 akal dan satu nafsu. Fungsi lelaki adalah membimbing wanita dan bukan menghanyutkannya.


Peranan lelaki dalam kehidupan wanita adalah sebagai pelindung dan bukan sebagai pemusnah. Wanita diciptakan oleh Allah SWT dari tulang rusuk kiri dan untuk dipeluk dan dimanja, bukan untuk dikasari. Maka lelaki haruslah memahami hati dan perasaan wanita.




Perempuan juga perlu tahu yang lelaki:


  1. Lelaki juga boleh menjadi seseorang yang begitu sensitif dan mengambil berat (prihatin)...(sensitif??ye k wahai lelaki??)
  2. Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tak semestinya cantik. Cukup dengan budi bahasa dan kesopanan yang tinggi. Malah lelaki boleh menyukai wanita yang mempunyai banyak persamaan dengannya sama ada dari segi pemikiran atau minat. Oleh itu, banyak yang boleh dibualkan atau dikongsi bersama.
  3. Kebanyakan lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh seorang wanita.(tepat!! tp ade kot yg memahami..huhu)
  4. Lelaki boleh menerima penolakan dengan baik.
  5. Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya untuk menambat hati wanita.(xpayah lah..jdi je diri kamu..baek buruk kamu adalah kamu..(^__^)v )
  6. Lelaki memang dilahirkan dengan perasaan yang kuat terhadap wanita. Sebab itu mereka suka melihat dan menjeling wanita.(uit!!jaga mata..korek kang br taw..huhu)
  7. Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dengan situasi ingin mengajak wanita keluar buat kali pertama! (no coment!!sbb sy bkn laki..hahaha)
  8. Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati wanita...(fuyooo..hahah)
  9. Bila lelaki cakap, ”Emm. tengoklah dulu” itu seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju...
  10. Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya.(i like it!!..ckp biar jelas..kang senang..kui3..)
  11. Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain.(jelezz????)
  12. Lelaki tak boleh belajar kesemuanya mengenai perempuan dari library atau buku semata-mata. Oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap perempuan dan tak faham kenapa perempuan bersikap begitu begini.(sbb perempuan ni UNIQ!!jdi cubalah fahami kaum hawa..hehe=)
  13. Kadang-kadang lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat berjalan dengan lebih baik.
  14. Betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo dan ‘flirting’ dengan ramai wanita, dia tetap hanya ada seorang teman wanita yang istimewa. Yang lain hanya kawan....(Haaa..u ,jgn lebih2...jelez i...hahah=p )
  15. Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga rasa bersedih cuma dia tak menunjukkannya kesedihannya di depan orang.
  16. Bila seorang perempuan meminati seorang lelaki, perempuan itu patut bagi hint! Mana tau lelaki itu juga menaruh minat. Senang usahanya nanti......(Hint??aiyakkk!!penat dah la bg hint..dah nk surender dah ni..kahkah=p )
  17. Adalah memalukan bagi lelaki jika tak berupaya menolong wanita.
  18. Kebanyakan lelaki cukup lemah dengan air mata perempuan. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan yang dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata senjata perempuan.




Lelaki bukanlah sempurna 100%. Jadi, perempuan janganlah mengharapkan semua yang hebat dari lelaki! Mereka juga normal dan mempunyai kelemahan.

*Haaa..ini lah hasilnye bila sy tekan2 time Malas..hasil dr MALAS nk bt keje+ tgh gler2 nie..kui3..(^_^)v

tambah ckit...renungan!!



~Seorang lelaki yang menang bertumbuk demi menyelamatkan maruah seorang wanita tidaklah dikatakan kuat jika masih tidak mampu mmengangkat sehelai selimut dari tubuh tatkala menjelang subuh=)





Links to this post