•5:59 PM

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

"Berikanku sepuluh orang pemuda, maka akan ku goncangkan dunia.."

– Presiden Pertama Indonesia,Bung Sukarno.

PEMUDA.. itulah kuasa seorang PEMUDA.. mereka bukan seperti pemuda biasa-biasa, bukan juga lelaki dalam kebanyakan manusia, tetapi merekalah PEMUDA harapan BANGSA, RIJAL impian AGAMA..

"Harapanku ialah agar rumah ini penuh dengan lelaki-lelaki seperti Abu 'Ubaydah ibn al-Jarrah, Muaz ibn Jabal dan Salim budak suruhan Abu Huzaifah, agar mereka semua dapat digunakan bagi meninggikan kalimah Allah!!"
- Khalifah Islam ke-2, Umar Al-Khattab

SubhanAllah, lelaki mana yang tidak mahu bercita-cita menjadi seperti ini?

Mustahil.. Jika mereka tiada berkeinginan untuk berusaha menjadi ke arah itu, mereka bukanlah PEMUDA yang digambarkan oleh Bung Sukarno, mereka bukanlah RIJAL yang dimahukan oleh Amirul Mukminin.. mereka hanyalah insan biasa-biasa, bukan INSAN LUAR BIASA.

"Kami kisahkan kepadamu (Muhammad) cerita ini dengan benar. Sesungguhnya mereka adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan Kami tambah pula untuk mereka petunjuk.." - Surah Al-Kahfi [18:13]

Ya Allah, bukan mudah untuk menjadi pemuda seperti itu, tetapi ia bukanlah satu perkara yang ganjil dan janggal dalam dunia sejarah kegemilangan Islam.

Lihatlah Sultan Muhammad Al-Fateh, Usamah bin Zaid, Salahuddin Al-Ayyubi, pemuda-pemuda Al-Kahfi, Saidina Ali, Imam Syafie' dan ramai lagi pemuda kebanggaan agama dalam sejarah kegemilangan Islam.

Mereka semua PEMUDA, mereka semua hampir sebaya kita.. mereka semua bercita-cita.. tetapi bukanlah bercita-cita sekecil jiwa kita, cita-cita mereka HEBAT.. impian mereka BERSEMANGAT.

SubhanAllah, bukti apa lagi yang kita mahukan untuk membuktikan pemuda seperti kitalah yang seharusnya bangun dari lena, sedar dari angan-angan yang sia-sia, bangkit dari alam maya ke alam yang nyata.

Siapa lagi yang akan jadi PENDOKONG UTAMA AGAMA, jika bukan dari dalam kalangan pemuda itu sendiri.

Andalah PEMUDA harapan AGAMA itu!

Lihatlah realiti masa kini.. pemuda kian longlai, pemuda semakin kusut masai, pemuda mudah dihina, pemuda senang dicerca.. pemuda tiada wawasan diri, pemuda tiada pegangan AGAMA yang sejati..

Ya Allah..

Katakanlah dalam diri, kamilah PEMUDA PEJUANG, PEMUDA yang bukan hanya duduk senang lenang, PEMUDA harapan AGAMA, PEMUDA perubahan identiti BANGSA.. kamilah orangnya!

Kamilah RIJAL yang ditungu-tunggu kehadirannya.. kami!!

Ya, kamilah orangnya, katakanlah dalam diri.. tekadkan dalam sanubari.. tanamkan dalam hati.

Justeru, untuk berubah dari seorang lelaki biasa kepada PEMUDA LUAR BIASA ini, ada satu perkara yang amat penting untuk kita sama-sama telitikan. Apakah ia?

Itulah HATI ..

"Dan sesungguhnya Tuhanmu, benar-benar mengetahui apa yang disembunyikan hati mereka dan apa yang mereka nyatakan.." - Surah An-Naml [27:74]

Jika seorang tentera itu mahu kekuatan dalam dirinya, latihan FIZIKAL merupakan latihan utama.

Begitu juga seorang PEMUDA. Jika dia mahu kekuatan rohani dalam dirinya, latihan HATI merupakan latihan yang asasi.

Untuk menjadi PEMUDA penyumbang dalam usaha menggapai 'ustaziatul'alam, HATI perlu bersih, HATI perlu jernih .. bersih dan jernih dari kufur serta segala macam kemaksiatan.

HATI itu ibarat kubu sebuah istana. Kita perlu mempertahankan kubu kita daripada diceroboh oleh Syaitan dan Iblis Laknatullah yang durjana.. kita perlu ada cara dalam mengawalnya. Kita perlu ada strategi untuk mempertahankannya.

Apakah cara dan strateginya?

Kita perlu mempertahankan pintu masuk kubu istana. Itulah strategi utama. Jika ini kita mampu lakukan, nescaya tentera-tentera Syaitan dan Iblis pasti sukar untuk menceroboh masuk ke dalam istana.

Persoalannya sekarang, apakah pintu-pintu masuk kubu tersebut? Atau secara realitinya, apakah pintu-pintu masuk Syaitan dan Iblis ke dalam hati kita??

Pintu-pintu masuk tersebut adalah sifat-sifat kita sendiri..

Sifat hasad dengki, ammarah yang keterlaluan, sifat suka bermusuh-musuhan, malas, pengotor, pengeji.. itu semua adalah sebahagian pintu-pintu masuk 'kubu istana'.

Kawallah pintu masuk tersebut, nescaya selamatlah istana, kawal sifat-sifat mazmumah tersebut, nescaya selamatlah hati kita.

Itulah analoginya.. mudah untuk hadam dalam fikiran, tetapi payah untuk dilaksanakan.

Berusahalah untuk mendapat HATI yang suci, bersungguhlah demi memperolehi pangkat PEMUDA yang disegani RABBI .. nescaya pasti ada bahagian untukmu di Akhirat nanti. Percayalah!

Ayuh PEMUDA!!

Ayuh kita semarakkan semangat. Semangat yang kian lama terpendam, semangat yang sudah lama tertanam!

Jangan biarkan ia begitu sahaja, nescaya menyesal kamu di suatu ketika!

Gunakanlah jiwa pemuda kamu di tempat yang sepatutnya, di tempat yang membanggakan Islam, di tempat yang diredhai AS-SALAM.

Moga pemuda-pemuda pilihan seperti kita semua ini, bertemu gembira bukan sahaja di alam duniawi, malah bertemu riang di Syurga Firdausi. Insya-Allah.

Alhamdulillah....

Links to this post
•9:41 AM

Apa yang perlu ada pada diri seorang muslimah??

  1. Serlahkan cahaya keimanan di wajah

  1. Pamerkan akhlak yang terpuji

  1. Dapatkan ilmu pengetahuan untuk jadi wanita yang bijaksana

  1. Berikan senyuman manis dan ikhlas buat suami dan anak-anak

  1. Berhias dan berdandan hanya untuk suami

  1. Meluangkan masa untuk merawat diri

  1. Penuhi hati dengan sifat-sifat terpuji

  1. Sentiasa mencintai majlis-majlis berilmu

  1. Sentiasa bersedia meminta maaf dan memaafkan

  1. Sentiasa bersabar dalam menempuh dugaan hidup

  1. Sentiasa menderma ke jalan kebajikan

  1. Bersifat penyayang kepada keluarga dan masyarakat


haaa..cukup dulu kot setakat ni..
kalo ada nati tambah2 lagi ye
(^_^)v
Links to this post
•9:15 AM

Biasalah, musim-musim cuti sekolah ni..eh2 selamat tahun baru cina..hehe... majlis walimah mana-mana pun ada. Semua berlumba-lumba nak buat majlis nikah-kahwin cuti ni. Majlis tunang-tunang pun tak ketinggalan, ada yang buat jugak. Semua perancangan disusun rapi.

Sampai masanya, sapa yang tak nak kahwin kan...

Pantun yang disusun turut dialun, saling berbalas wakil kedua belah pihak. Dulang pula berbalas dulang, sirih pinang pun turut bertukar tangan. Tiba masanya, hantaran juga turut diatur dan dirunding.

Mahar dan hantaran tidak boleh disamakan. Mahar lain hal, hantaran pula lainpakage. Biasanya, hantaran dikeluarkan dan disediakan oleh si lelaki yang berhajat mengahwini wanita. Hantaran diatur dan ditetapkan dari pihak pengantin wanita.

Hantaran ni macam harga dagangan lah pulak. Kalau si perempuan tu cantik, berpelajaran tinggi, kaya, maka... mahal lah hantarannya. Ini lumrah kebiasaannya lah bagi masyarakat “Melayu”. Antara hantaran yang biasa diguna-pakai adalah set pengantin siap serba satu, ini termasuklahlah bilik pengantin, set tilam pengantin, set hand phone, baju, kain, naskhah al-Qur’an, dan pelbagai lagi boleh saja dijadikan barang hantaran.

Malah, ada tu kereta besar dan rumah besar pun boleh menjadi syarat sah-nya hantaran. Kalau tak disiapkan dengan keperluan yang diaturkan, maka bertangguhlah hajat si pengantin. Silap-silap boleh tak jadi perkahwinan tu. Maklumlah, mahal tu... Mana mahu korek kawan...

Em, yang paling biasa dijadikan hantaran, adalah duit lah. Money... money... kalau kita lihat majlis-majlis kahwin artis-artis tu, fuuhh! Ribu-ribu, berbelas-belas ribu, atau mungkin berpuluh-puluh ribu si lelaki mesti bayar kepada wanita atau keluarga si wanita tu. Malah bukan berpuluh ribu, ratus ribu pun ada.

Tapi, yang cukup sedihnya... banyak jugak yang fail. Membazir je kahwin mahal-mahal ni. Ia bukanlah syarat jaminan kebahagian sesuatu rumah tangga. Kalau ikut Islam, bukan itu tujuan perkahwinan. Bukan untuk berjual beli dan tawar-menawar. Bukan juga untuk menunjuk-nunjuk sapa grand. Silap-silap tertunjuk lah pulak sapa lingkup dulu. Tak ke sedih macam tu. Adalah lebih baik duit tu buat belanja keperluan yang betul. Belanja harian keluarga yang baru dibina dengan penuh hikmah. Itu lebih menjamin kebahagian sebenarnya.

Malah, dalam sibuk-sibuk bertukar-tukar hantaran dan mengumpul-ngumpul duit hantaran ni. Tahu tak kita, bahawa bab-bab hantaran ni karut marut sebenarnya. Entah datang dari mana agaknya. Kalau ikut Islam, yang ada Cuma mahar je. Bukan hantaran. Lepas tu, hantaran mengalahkan mahar lagi tu.

Kasihan kaum lelaki. Susahnya nak kahwin. Padahal dah sama-sama suka. Tapi, masalah duit pulak. Bukan masalah takde duit untuk menampung hidup. Tapi, kena berduit yang lebih untuk nak runtuhkan tembok pemisah tu. Kalau tak, menganga saja lah. Tengok saja dari balik tembok.

Zaman sekarang agaknya zaman berdagang anak perempuan. Sapa-sapa nak menikahkan anak perempuan, masa tu lah masa kegembiraan. Kerana anak perempuan bakal membawa pulangan lumayan. Mungkinkah begitu yang difikirkan? Fikirlah sendiri...

Baiklah, sapa yang nak mengada-ngada ikut yang bukan cara Islam tu, tak dapat nak buat apa lah. Yang diketahui, dalam Islam yang ada cuma mahar je. Telah dijelaskan mahar yang dipersetujui, akad nikah berjalan lancar, pasangan suka sama suka, wali pun dah setuju, semuanya ditanggung beres.

“Permudahkan, jangan dipersulitkan”

Kalau ikut zaman Rasulullah dulu, punyalah senang nak kahwin. Yang penting agama mesti mahu baik. Perempuan solehah boleh tunggu je... insyaALLAH, ada lah yang akan merisiknya dari kalangan laki-laki yang soleh. Perempuan nak risik lelaki pun tiada masalah, bila kena syaratnya. Malah, maharnya murah dan mudah sahaja. Ini adalah bertepatan sebagaimana pesanan Rasulullah shallallhu ‘alaihi wa sallam sendiri,

“Di antara kebaikan wanita adalah memudahkan maharnya dan memudahkan rahimnya.” (Hadis Riwayat Ahmad, no. 23957. Dihasankan oleh Sheikh al-Albani di dalam Shahiih al-Jami’, 2/251)

“Sebaik-baik pernikahan adalah yang paling mudah” (Hadis Riwayat Abu Daud, Kitab an-Nikah, no. 2117. Disahihkan oleh Sheikh al-Albani di dalam al-Irwaa’, 5/345)

Atas saranan dan pantauan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, pada masanya, pernikahan berjalan dengan mudah dan tidak disulitkan dengan kepelbagaian adat dan metod yang bukan-bukan. Seperti hantaran beribu-ribu, akad nikah mesti bersalam dengan bergoncang tangan, sesi fotografi yang memakan ratusan ringgit, aurat disingkapkan di depan khalayak awam, pelamin pulak mesti disiapkan, majlis persandingan mesti dilangsungkan, menepung tawar mesti direnjiskan, dan pelbagai lagi tambahan-tambahan yang karut marut yang langsung tidak tsabit (sahih) dari agama Islam yang tulen.

Apa sebenarnya yang dikejar? Kemewahan? Grand? Sikap menunjuk-nunjuk? Mahu berjual beli? Atau mahu merosakkan agama dan menggantikannya dengan adat? Apakah tidak cukup mudah dan cantik apa yang disunnahkan oleh Nabi kita shallallahu ‘alaihi wa sallam?

Sedangkan Nabi pernah menikahkan para sahabat-sahabatnya hanya dengan mahar sebiji emas, hafalan surah al-Qur’an tertentu, baju besi, cincin besi, beberapa dirham mata wang, beberapa genggam kurma, dan seumpamanya. Mengapakah kita tidak puas dengan apa yang dicadangkan dan dipermudahkan oleh Rasulullah untuk syi’ar pernikahan dan perkahwinan kita zaman ini? Carilah berkah dan petunjuk dari apa yang dicontohkan oleh Rasulullah.

“Katakanlah (wahai Muhammad), “Jika benar engkau mencintai Allah, maka ikutlah aku”.” (Surah Ali Imran, 3: 31)

“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri tauladan yang baik bagimu (iaitu) bagi mereka yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.” (Surah al-Ahzaab, 33: 21)

Jadi siapakah yang kita jadikan ikutan sekarang? Hawa nafsu? Adat? Atau siapa?

Jawablah sendiri...

Sebelum mengakhiri artikel ringkas ini, mari kita lihat apa itu mahar sebenarnya.

Syari’at yang gemilang lagi sesuai sepanjang zaman ini adalah bertujuan memelihara hak-hak wanita. Mahar adalah apa yang diberikan kepada isteri berupa harta, atau selainnya menurut persetujuan dengan sebab pernikahan atau dinikahi.

Mahar wajib dikeluarkan oleh seorang lelaki yang ingin menikahi seorang wanita,

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

“Dosa yang paling besar di sisi Allah ialah orang yang menikahi wanita lalu ketika telah menyelesaikan hajatnya darinya, maka dia menceraikannya dan pergi dengan membawa maharnya...” (Hadis Riwayat al-Hakim, 2/182. Dihasankan oleh Sheikh al-Albani di dalam as-Silsilah ash-Shahihah, no. 999)

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman,

“Berikanlah maskahwin (mahar) kepada wanita (yang kamu nikahi) sebagai pemberian dengan penuh kerelaan.” (Surah an-Nisaa’, 4: 4)

“Maka berilah mereka maharnya (dengan sempurna) sebagai suatu kewajiban.” (Surah an-Nisaa’, 4: 24))

“Kerana itu, kahwinilah mereka dengan keizinan tuan mereka dan berilah maskahwin mereka dengan patut.” (Surah an-Nisaa’, 4: 25)

Mahar adalah pemberian yang dilindungi yang diwajibkan Allah untuk diberikan kepada wanita; bukan sebagai imbalan sesuatu yang wajib dia berikan, kecuali memenuhi hak-hak suami isteri, sebagaimana halnya dia tidak dapat digugurkan (walaupun wanita itu rela) kecuali setelah akad. (Audatul Hijaab, 2/298)

Maka,

“Permudahkanlah, jangan dipersulitkan, jangan dipersusah-susahkan...” dengan hal yang bukan-bukan dan yang pelik-pelik yang tiada contoh dan saranannya dari Rasul ikutan kita jika benar kita mencintai dan mengharapkan keredhaan Allah yang sebenar.

Menurut Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Adakanlah walimah, walau pun hanya dengan seekor kambing.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, Kitab Nikah, no. 5155)


Wallahu a’lam.



Links to this post
•6:55 AM


Alhamdulilah,semalam saya pusing2 KLcC..Tahun baru kan??
byk bunga api ye tak??subhanallah..lawa!!saya stay kat situ sampai pagi..lepas subuh baru balik..percaya tak??heheh..
eh nati dulu..bukan pergi saja2 nak jalan2 sambut new year..macam takde keje je bunyi kan..haha..saya join team Jejak Belia Metropolitan..saya wakil dari PKPIM..(^_^)v
so ramai la NGO-NGO yang turut sama join program ni..program ni under ABIM dan beberapa NGO2 lain..

Alhamdulillah kami cuba bagi pendekatan sedikit sebanyak kepada remaja2 yang melepak2 tak tentu pasal ni dan cuba dekat dengan budak2 yang "pelik" then sempat la buat survey dan bersoal jawab kejap..
PELIK??
hmm macam2 ragam jumpe..tak caya try la buat rondaan..kami mula operasi bermula jam 1 pagi hingga lah 3 pagi or lebih kurang camtu lah..yang sebelum ni saya juga penah sertai operasi malam kemerdekaan... operasi di KLcc 1 group 13 orang..

first operasi 31 Ogos lalu di i-City shah Alam dan Sunway..tapi operasi tu sehingga subuh..saya wakil PEPIAS GOMBAk..dan team kami bersama JAIS,anggota ReLa,polis dan beberapa imam2 dan NGO2 lain yang mempunyai kad kuasa untuk menahan orang..kami di bahagikan kepada beberapa group..1 group dalam 10 orang..dalam group saya hanya saya dan sorang agi wakil dari NISA' Gombak perempuan..2 orang je muslimat..huhu..Alhamdulilah kami dapat suai kan diri dengan muslimin2 lain walaupom agak kekok sebenarnya..ramai muslimin dari muslimat..

Kira nya ini operasi ke -2 saya sepanjang tahun lepas..insyallah lepas ni cuba menimba ilmu lagi dari senior2 yang ada macam mane untuk dekat dengan belia dan masyarakat luar..doakan..

tetiba teringat 1 hadis...

Anas Bin Malik:
Rasullullah SAW bersabda,
"barang siapa yang keluar dari rumahnya untuk menuntut ilmu,
maka dia berada di jalan Allah sehingga kembali"
(Hadith riwayat Tarmidzi)

"Barangsiapa yang tak penah merasakan pahit getirnya menuntut ilmu,meskipun sedikit,tentulah ia akan terjerumus kedalam kebodohan seumur hidupnya.Barang siapa tak memanfaatkan masa mudanya menuntut ilmu,maka bertakbirlah 4kali untuk nya sebagai tanda kematiannya.Pemuda sejati di depan Allah adalah pemuda yang berbekalkan ilmu dan takwa.Jika 2 bekal itu tidak di miliki oleh seseorng pemuda,maka ia bukan lah pemuda sejati"
(Imam As-Syafie)



Links to this post
•4:32 AM


Hari ni 1 Jan 2011..tahun baru hijrah dah lama berlalu.
Masuk plak tahun baru Masihi..jadi apa yang akan berlaku tahun ni dan sem ni waalahualam.
Tak sangka begitu cepat masa berlalu..Umur semakin meningkat..tup tap tup tap dah masuk 21 tahun.cepat masa berlalu kan..tapi sebanyak mana sangat amalan kebaikan yang kita penah buat sepanjang hidup ni,sepanjang tahun ni.Apa je yang penah buat??hmm~renung2 kan lah..

Saya pom tak taw sepanjang hidup saya ni adakah saya menyenang kan hidup orang lain atau selalu berbuat jahat pada orang..kita sebagai manusia kadang2 tak sedar dengan kesilapan kita.jadi tegur menegur adalah cara yang terbaik untuk memperbetulkan antara satu sama lain.kawan2 kita adalah cermin kehidupan kita..

Semoga kehidupan ini penuh dengan keberkatan dan kerahmatan dari Allah..mulakan yang baru..buang yang keruh,ambil yang jernih..saling ingat mengingati sesama kita..insyallah mendapat keberkatan hidup..


Links to this post