•1:55 AM


saltcheese...Posted Image

klo xknl la...yg resepi lpas2..hehe..
jom smbung yg laen..!!!



Resipi Kek Strawberry

Bahan Kek (Ini adunan asas, boleh tukar apa2 perisa ikut suka)
5 biji telur gred A
125 g tepung gandum*
1 camca teh baking powder*(*diayak 3 kali)
75 ml minyak jagung/sayur
160 g gula halus
15 g ovallate
2 camca besar susu segar
1 camca teh strawberry emulco
Bahan Lain
Krim putar secukupnya
Strawberry pie filling
Strawberry segar secukupnya
Coklat rice ( i guna badam cincang yg dibakar)

cara2nya:

1. Panaskan oven pada suhu 175C. Lenser tin kek berukuran 9 inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak. Ketepikan.

2. Tuang gula halus bersama ovallate dalam mixing bowl, putar hingga ovallate mesra bersama gula halus.

3. Masukkan kesemua 5 biji telur dan putar pada kelajuan tinggi hingga kembang dan kental seperti adunan baulu.

4. Masukkan strawberry emulco dan putar hingga sebati. Pada kelajuan sederhana, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Tuang susu segar dan putar hingga rata.

5. Akhir sekali masukkan minyak jagung dan gaul rata.

6. Tuang dalam tin tadi dan bakar 25 – 30 minit hingga masak.

7. Keluarkan serta merta dan terbalikkan tin atas jaringan. Biar kek sejuk dalam bekas dalam keadaan terbalik. Bila betul2 sejuk baru tanggalkan tin.
Dengan pisau bergerigi, potong kek kepada 3 bahagian yang sama besar. Letak satu keping kek atas papan kek, sapu rata krim putar, sudukan strawberry pie filling dan ratakan. Tindih dengan lapisan kek kedua dan buat kaedah yang sama. Dan akhir sekali letakkan potongan kek terakhir. Sapu keseluruhan kek dengan krin putar dan hias ikut kreativiti masing2…



This entry was posted on 1:55 AM and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.