•1:51 AM
BISKUT MAKMUR GAJUS

Bahan Doh/Kulit

500 gm tepung gandung
80 gm gula halus
minyak sapi [ikut lembut boleh kepal]*boleh je gantikan dengan mentega, sebab minyak sapi bau dia kuat sikit)

Bahan Inti

300 gm kacang tanah
70 gm gula halus

Hiasan

gajus(belah 2)
Gula icing [untuk salut biskut]

Cara
1. Gaulkan semua bahan Doh sehingga lembut dan boleh dibentukkan.
2. Kacang tanah dibakar dalam oven selama 20 minit [sehingga kulit boleh tanggal bila di gosok]. Goreng tanpa minyak pon boleh, tak ada masalah.
2. Mesinkan kacang dan gaulkan dengan gula.
3. Ambil doh dan leperkan.
4. Masukkan inti yg telah dibulat bentuk bujur sebesar biji buah kurma. Bentukkan bujur.
5. Bakar dalam suhu 180'C selama 20 - 25 mnit [sehingga nampak masak]
6. Sejukkan baru golekkan dalam gula icing. Letakkan gajus.
7. Simpan dalam balang kedap udara.

Selamat mencuba^_^




This entry was posted on 1:51 AM and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.