•9:10 PM

Rasanya dah sekian kali saya tak update blog ni..hari ni kebetulan class saya cancle..dan sebelum2 ni ada sedikit masalah dan kesibukan yang melanda yang menyebabkan perasaan malas tu muncul untuk update..sebenarnya sejak kebelakangan ni rasa tak ada mood tu banyak..saya pom tak tahu kenapa..
Ya Allah..penyakit apa yang melanda saya ni pom saya tak taw..huu..entahlah..

sebenarnya sebelum abis cuti sem haritu terjumpa 1 buku ni kat kedai buku..1st tengok dah tertarik dengan tajuk nie..tajuk dia.."Kerana Cinta Harus Memilih" ..buku ni sangat bermanfaat dan buat saya berfikir untuk kupas sedikit sebanyak tentang buku ni..buku ni tak la tebal tapi agak lambat untuk saya habiskan..banyak motivasi dalam tu..dan saya pulak jenis yang menjiwai..memang agak lambat cikit baca..

saya tertarik dengan kata2 Ibnu Hazm al-Andalusia dlm bukunya Thauqul Hamamah Fil Ulfah Wa Alaf (kalung merpati dalam kelembutan dan persahabatan),dalam bab menderita kerana cinta,dia menulis:

"Setiap orang yang jatuh cinta,ketika hubungan cintanya terkandas di tengah jalan,baik kerana perpisahan,putus cinta atau dengan menyembunyikan perasaan cinta sebenarnya,maka dia akan menderita.Bahkan hal itu dapat membuatnya berasa tertekan.Fenomena ini sering terjadi dan akan selalu ada selamanya.Fenomena penderitaan cinta yang tampak di permukaan jauh berbeza dengan fenomena penderitaan cinta yang sebenarnya.Hanya doktor yang pakar atau pakar sakit jiwa yang berpengalaman yang mampu mengetahuinya."

Imam Ibnu Qayyim juga ada bertutur tentang cinta sebagai berikut:

"Cinta yang terpuji ialah cinta yang mendatangkan kepada pemilik cinta itu hal2 yang memberinya manfaat di dunia mahupun di akhirat.maka cinta yang seperti ini merupakan muara sebuah kebahagiaan. Adapun cinta yang tercela adalah cinta yang mendatangkan kepada pemiliknya hal2 yang membawa kepada kerugiaan dunia dan akhirat.Dan cinta semacam ini adalah sumber penderitaan dan duka lara.."


Ada sebuah kisah yang menarik yang boleh dijadikan pengajaran.iaitu kisah Antarah dan Ablah,penyair dan pujangga arab zaman Jahiliah.Rasa cinta yang menjadikan Antarah kuat dan perkasa melebihi lelaki lain.Antara hal yang terbesar yang dilakukan ialah,keberaniannya di medan perang yang dasyat,mempertaruhkan jiwa dan raganya sehingga akhirnya dia berhasil menawan musuh.

Cinta Antarah adalah pendorong sekali gus pembakar semangat keberaniannya.Kisah cinta antara Antarah dan Ablah merupakan kisah cinta yang masyur dalam dunia para pengharap cinta dan pahlawan pada zaman Jahiliah sebagaimana disebut dalam kitab Fursan Minat Tarikh (para pahlawan dalam sejarah)karya Ahmad Khalil Jum'ah.

"Ketika cinta menyapamu,jangan silau dengan indahnya dia, tetapi lihatlah apakah cinta itu akan membuatmu semakin dekat kepada Allah atau tidak".

Seperti kata-kata Hilal Asyraf, beliau menyatakan di dalam blognya, "Cinta tidak buta".

Martabat cinta begitu tinggi. Jangan rendahkannya sehingga menilai ia buta. Saya memberi contoh, jika anda mencintai seseorang kerana agamanya, adakah bila agama orang tersebut hilang selepas anda mencintainya, adakah anda akan terus mencintainya?

Namun, jika anda tidak menganggap cinta itu buta, anda mencintai seseorang kerana agamanya, maka cinta anda kepadanya akan bertambah dan berkurang sepertimana bertambah dan berkurangnya agamanya.

Atas dasar itu cinta kerana agamanya diperkuatkan lagi dengan hadis yang bermaksud:

"Apabila datang kepada kalian orang yang kalian redha agamanya dan akhlaknya (untuk meminang anda atau wanita dibawah tanggungan anda) maka nikahlahilah lelaki tersebut. Kalau kalian tidak melakukan hal tersebut nescaya akan terjadi fitnah di muka bumi dan terjadi kerosakan yang merata".

[HR Tarmizi & Ibn Majjah]


Mengenal cinta dan menyemainya dengan cara yang salah akan membuat sakit hati.Semenjak di matrik,ramai kawan2 yang saya kenali mempunyai masalah cinta..dan ramai yang ter"putus" di tengah jalan.saya selalu jadi tempat luahan dan pendengar yang setia walaupom diorang tahu yang saya memang tak tahu menahu pom tentang cinta...dengar je lah..dari kisah2 mereka pengalaman mereka saya menjadi sangat takut dan agak kurang kepercayaan tentang cinta sehinggalah satu hari........ehmmmmm~

Tapi kepercayaan saya hanya 50% or beberapa peratus maybe..takut disakiti dan dilukai..saya tak sanggup..tapi cinta saya hanya dalam hati..saya dan Allah je mengetahui sedalam mana cinta saya itu.

Bagitaw "dia"??haha..kelakarnya..

rasanya tak manis dan bercanggah dengan syarak,rasanya lebih tepat pinang je terus...wakaka..takde2 gurau2..hahaha.sahabat saya yang cadangkan..hahah...takde2..juz joke..amboii3..kelakar je rasa..saya tak sebaik ummu mukminin khadijah bt khuwailid menghantar wakil/meminang nabi muhammad s.a.w..

sahabat2 kawan2 saya pom tercari2 siapa lah lelaki tu.Penah satu ketika kawan2 n sahabat saya bertanya kan solan yang pelik2 siap komplen2 lagi tu..:

"eh dalam ramai2 yang usha2,try2,caring gler pasal awak kenapa awak pilih dia ye??siapa dia??baik sangat ke dia tu??sedangkan yang lain tu saya rasa cukup perfect kalo nk buat suami,diorang bukan calang2 saya rasa..dia jugak yang awak pilih..nak jugak saya bekenalan..hehe"

"eh sape yang beruntung sangat tu sampai boleh bukak hati ko tu,bagitaw aku cikit..aku nak tengok cikit sapa yang boleh tawan hati kawan aku ni..specil sangat ke budak laki nie.."

"weh,aku nak gak kenal budak tu,gano tuan gak.."

"kalo aku tahu dia sakitkan ko ciap aku kerjakan nati"

"weh,budak uia ramai je yang kawin,ko bila??sape budak tu meh aku tolong pinangkan..haha"


Hmm~saya pom tak tahu nak jawab..semua soalan cepu emas..hahah..(^__^)v

biarkan je dulu..kalo ada jodoh tak kemana..tu jelah ayat saya...tapi betullah cinta dalam hati sesorang ni sangat sakit..hohoho..biarkan masa yang menentukan segalanya..eishh ape pnye pyakit la ni..lagi pom saya ada agi 3 thn or kalo minor cost lain maybe 3 1/2 thn..jarak yang lama..kankan kan..so biarkan...biarkan..huhuhu..lagi pom saya nak dia capai impian dia dulu..dia bukan Uia cini ok...nun jauh di sana =)tetiba teringat ada 1 mesage dari seseorg kawan....

Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am.

Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :

Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang? Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?

Cikgu : Oh, awak nak tahu ke? Emmm... baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye... mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.

Pelajar : Baiklah... apa yang saya harus buat?

Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang paling cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.

Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh. Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.

Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?

Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.

Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada mulanya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. Kecualilah jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.

Maka, bersyukurlah dengan kasih-sayang yang kau terima pada hari ini, kerana jika kau meninggalkannya, mungkin kasih sayang itu tidak akan kembali seperti sediakala.

Sedarlah wahai insan, kasih sayang Allah itulah yang paling hakiki, jika kau memalingkan dirimu dari kasihnya, maka kamulah serugi-rugi manusia.


so??? ----> <3> (^_^)v

hargailah apa yang ada..walau bagaimanapom kasih Allah yang utama..cinta itu selepas cinta Allah dan rasul..utamakan cinta yang Agung sebelum cinta pada makhluk nya..kasih pada makhluknya hanya selepas Dia..


"aku menyangimu kerana agamamu,akhlakmu,budi pekertimu,jika hilang agamamu,akhlakmu dan budi pekertimu maka berkuranglah dan hilanglah kasihku padamu"


apa2 pom tunggu dulu biar sama2 graduate dari UiA dulu..insyallah kalo tiba masa nya dan ada jodoh tak kemana..



This entry was posted on 9:10 PM and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

0 kata-kata curiga: