•12:31 AM
Assalamualaikum!!
Kisah ini saya copy dari satu cerita tentang kisah seorang ayah dan anak2 nya..
sy rasa kisah ni bermaanfaat..jdi sy share sni
Seorang ayah tunggal mempunyai 9 orang anak dan beliau membesarkan semua anaknya seorang diri. Hasil didikan beliau kesemua anaknya berjaya melanjutkan pelajaran keperingkat tertinggi sehingga kesemua anaknya berjaya meraih cita-cita dalam bidang profesional. Ada anaknya menjadi Doktor, Peguam, Jurutera, Arkitek, dan Pensyarah. Kejayaan beliau membesarkan semua anaknya hingga meraih kejayaan anak2nya beliau telah menerima anugerah "Ayah Mithali".
Sehinggalah satu ketika, ayah ini jatuh sakit. Kesakitan itu berlarutan sehingga beliau tidak terdaya dan hanya terdampar diatas katil sahaja. Apa yang beliau mampu lakukan adalah menulis saki baki kisah kehidupannya yang sudah menunggu waktu dipanggil pulang sahaja. Akhirnya beliau memberi wasiat kepada anak sulungnya agar membacakan muka surat terakhir didalam diari beliau pada ketika beliau meninggal nanti. Akhirnya beliau telah kembali kerahmatullah dan disaksikan oleh kesemua anaknya dan sanak saudara juga tetamu2 lain. Apabila anak sulungnya membuka diari dan membaca diari tersebut dihadapan semua adik-beradik dan sanak saudara yang lain demikianlah yang tercatat didalam diari tersebut.
"Anak-anak abah sekalian. Anak-anak abah semua telah menerima peringkat pengajian tertinggi dan berjaya menjadi seorang yang begitu membanggakan dengan jawatan2 penting. Kalian semua mungkin menjadi kebanggaan kepada sesiapa sahaja mendengarkannya sehingga abah digelar sebagai ayah mithali. Tetapi, sebenarnya abah nak katakan bahawa abah sangat-sangat MENYESAL mempunyai anak-anak seperti kalian. Abah merasa malu dan abah merasa sedih, kerana ada 9 orang anak seperti kalian. Memang kalian berilmu, namun kalian tidak punyai nilai kemanusiaan. Tatkala abah terlantar diatas katil ini, takda seorang pun dalam kalangan kalian yang datang dan duduk bertanya khabar abah. Apa yang kalian buat hanya menjenguk abah didepan pintu bilik sahaja dan hanya melihat abah dari jauh. Abah menyesal punyai anak-anak yg berpelajaran tetapi tidak punyai nilai2 keimanan. Baru abah faham ilmu yg tinggi sahaja tidak cukup utk menjadi insan, namun harus ada nilai keimanan yg bergerak seiring dengan ilmu. Akhir kalam, Abah minta anak-anak abah berubah, kerana ilmu itu tidak kemana andai tidak disertai dengan iman. Sekian Dari Abah"
Anak sulung beliau membacanya dengan teresak2 dengan tangisan, tatkala sanak saudara dan orang lain terkejut mendengarkan luahan hati seorang ayah. Kesemua anak2nya menyesal dan menangis namun, sudah terlambat kerana abah mereka sudah tidak ada lagi.
itu kisah mereka...kisah Miss SnoW??kisah sy??
sy juga telah kehilangan org yg pling sy syg..
bacalah entri post yg lepas..Kami sekeluarga juga ada kisah tersendiri..semoga bermanfaat pada pembaca..
Hargailah seorang ayah sebelum terlambat..
dan ini...
ketika kejauhan
masihku hangat kasihmu ayah
betapaku rindukan redup wajahmu
hadir menemaniku
terbayang ketenangan
yang selalu kau pemerkan
bagaikan tiada keresahan
walau hatimu sering terluka
tika diriku terlanjur kata
tak pernah sekali kau tinggalkan
diriku sendirian
ketikaku dalam kedukaan
kau mendakap penuh pengertian
disaat diriku kehampaan
kau setia mengajarku
erti kekuatan
terpancar kebanggaan
dalam senyummu
melihatku berjaya
bilaku kegagalan
tak kau biarkan
aku terus kecewa
dengan kata azimat
engkau nyalakan semangat
restu dan doa kau iringkan
tak dapatku bayangkan
hidupku ayah
tanpa engkau disisi
semua kasih sayang
yang kau curahkan
tersemat dihati....
3 kata-kata curiga:
hmmm... sedihnya :'(
sy syg ayah sy..
Ayah dan ibu, itulah permulaan kami di dunia ini.