•6:19 PM








Ukhti : saya tidak layak untuk awak.
Akhi : Kenapa?

Ukhti : awak dari kalangan orang baik-baik, sedangkan saya…

Akhi : saya dan Tuhan selalu memandangmu, apa lagi?

Ukhti: awak pintar, awak ada banyak peminat.

Akhi : Peminat? saya tidak perlukan mereka, saya hanya perlu pendamping dan pembimbing untuk anak-anak saya kelak.

Ukhti : saya juga tidak dalam ilmu agama.

Akhi : Kita boleh mendalaminya bersama-sama.

Ukhti : saya tidak cantik. Tidak seperti mereka…

Akhi : Tuhan akan marah jika mendengar perkataan awak tadi, sebab itu saya memilih awak kerana awak tidak menggunakan kesempatan atas kecantikan awak.

Ukhti : awak ini kenapa? Sudah saya kata saya ini tidak layak, kita ibarat bumi dan langit. Terlalu banyak perbezaan.

Akhi : Perbezaan membuat kita lengkap.

Ukhti : Awak terlalu sempurna.

Akhi : Belum. Akan sempurna jika awak ada.

Ukhti : Cukup. Saya tidak mahu dengar lagi.

Akhi : Seribu bunga tak mampu membuat awak berlembut juga?

Ukhti : Temuilah keluarga saya. Itu lebih berharga dari seribu bunga dan ungkapan cinta. (^_^)



“Jika datang kepada kamu seorang lelaki yang engkau redhai agamanya dan akhlaknya untuk meminang perempuan kamu maka nikahkanlah dia jika tidak kamu lakukan demikian maka akan timbullah fitnah dan kerosakan” (hadis riwayat Tirmidzi ).


|
This entry was posted on 6:19 PM and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

12 kata-kata curiga:

On May 6, 2012 at 5:01 AM , mirmashi94 said...

nice . hehe . suka entry nie . bercinta lepas kahwin mmg indah, no doubt. tapi x semua yang boleh beri jawapan sebijak ukhti di atas. huhu ;)

 
On May 6, 2012 at 9:32 AM , Miss SnOW said...

jdi kawin la cepat2 klo terjmpe dgn org yg tepat (^_^)

 
On May 7, 2012 at 8:26 AM , cha'e said...

true. . dia betul2 jujur kalau berani menghadap kaum kerabat kita :)

 
On May 7, 2012 at 8:37 AM , Miss SnOW said...

susah nk cari yg btol2 berani dan ikhlas=)

 
On May 7, 2012 at 8:38 AM , Miss SnOW said...
This comment has been removed by the author.
 
On May 7, 2012 at 8:47 AM , Anonymous said...

Suka entry ini.

 
On May 7, 2012 at 7:13 PM , Cikgu Ma said...

Allah lebih mengethui apa yg terbaik =)

salam kenal =)

http://qurratulain-pagaremas.blogspot.com/

 
On May 8, 2012 at 8:37 AM , Unknown said...

sweet ! lebih baik jumpa orang tua si gadis kan kan.. ^^

 
On May 8, 2012 at 9:56 AM , Miss SnOW said...

Sally Yatiey:tima ksih=)

Cikgu Ma:salam pknalan=)

Cik Nurul:itu br btol2 serius kan..hehehe(^_^)

 
On May 8, 2012 at 9:11 PM , Unknown said...

sweet...plg best ayat "akan sempurna jika awak ada... "

done follow sini jugak.. 289.. :)

 
On May 13, 2012 at 11:08 AM , :: w a n y :: said...

suka lah! lg2 ayt last tu.
temuilah keluarga saya. itu lebih berharga dari seribu bunga dan ungkapan cinta.. :)
sweet yerk! really2 like it! <3

 
On May 14, 2012 at 9:53 AM , Miss SnOW said...

@ deqla manjew :(^_^)tima ksh follow..


@ :: w a n y :: :tima kasih..moga ada putera kyagan sesweet ni..hehe