•10:01 PM


korang ingt tak hari ni hari ape??
taw tak??
taw tak??
korang cuti tak?
sy cuti.heheh

hr ni adalah peristiwa Nuzul Al-QURAN
 17 Ramadhan..
selangor cuti ok...UiA pom cuti..hehe..xde class (^__^)
eh2 bukan tu nk cakap..tapi nk share ckit kisah sbg peringtan kpd kita umat islam..


perkongsian:
“Dari saidina Ali R.A katanya: Ingatlah, aku telah mendengar Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam, bersabda: 

"Awaslah, sesungguhnya akan berlaku fitnah". Aku bertanya: "Apakah jalan keluar darinya ya Rasulullah?" Baginda menjawab: Kitabullah.

 Di dalamnya terdapat kisah-kisah apa yang sebelum kamu dan pengkhabaran apa yang akan datang sesudahmu; dan hukum-hakam di antara kamu, Ia (Al-Quran) adalah kata putus dan bukan senda gurau, sesiapa sahaja yang meninggalkannya kerana sombong, akan dibinasakan oleh Allah, dan sesiapa sahaja yang mencari petunjuk dari selainnya akan disesatkan oleh Allah, Ia adalah tali Allah yang teguh dan ia adalah pengajaran yang bijaksana, Ia adalah As-Siratul Mustaqim (jalan yang lurus), Ia adalah kitab yang dengan sebab berpegang teguh kepada ajarannya, hawa nafsu seseorang tidak akan menyeleweng atau terpesong, dan ia adalah kitab yang kalimah-kalimahnya tidak samar atau berputar belit, dan para ulama pula tidak pernah puas darinya, (demikian juga) keindahan, kemanisan dan kelazatan membacanya tidak akan pernah hilang dan kandungannya menakjubkan, tidak berkesudahan.

 Ia adalah kitab yang jin tidak berhenti mendengarnya sehingga mereka berkata “Sesungguhnya kami mendengar bacaan Al-Qur'an yang menakjubkan, ia menunjuk ke jalan yang benar, lalu kami beriman kepadanya."; sesiapa sahaja berkata dengannya, benarlah perkataannya; dan sesiapa sahaja yang beramal dengannya, pahalalah ganjarannya; dan sesiapa sahaja yang berhukum dengannya, adillah ia; dan sesiapa yang menyeru kepadanya, nescaya ia menunjuk kepada Siratil Mustaqim (jalan yang lurus)." 

[HR TIRMIZI DAN DARIMI]








"kitab Allah bukan sekadar untuk dibaca, tapi juga untuk diamalkan"
wallahu'alam...

maaf salah dan silap
salam nuzul quran n selamat bercuti..kpd yg x cuti jgn jeless..muhahah!! >__<





|
This entry was posted on 10:01 PM and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

3 kata-kata curiga:

On August 6, 2012 at 1:41 AM , as said...

Perkongsian yang bagus...
Jom membaca al-Quran...

 
On August 6, 2012 at 2:30 AM , Anonymous said...

:D halo..saya datang merenung blog anda :)

 
On August 6, 2012 at 6:55 AM , Yaya Mohd said...

salam nuzul al-Quran jg..^_^