•10:40 AM



14032011


Awak,baca sampai habis taw..nati nyesal...hmm..

Awak, awak ingat lagi tak masa kita mula-mula jumpa dulu? Waktu tu saya dok belajar kat Cfs Nilai lagi. Saya jumpa awak kat Seremban, Time tu saya selalu g KL.Ala saya kan kaki jalan..hehe..first time tu saya gi jauh2 naik bas then KTM.. haha. Saya gi ngan kawan saya,(ramailah..xingat dah brp org). Awak ingat lagi kan kat diaorang?


Waktu kita mula-mula jumpa, saya terus terpikat kat awak. Walaupun kat situ ramai lagi yang lebih hensem.. maklum la kat tengah-tengah bandar, banyak pilihan. Haha,(gatai!=p) sebenarnya memang time tu saya ngan kawan saya gi KL then gi Seremban sebab nak usha awak ngan geng-geng awak pon.. hehehe.mane leh gtaw awak..xsurprise la kan kan kan..hehehe

Biar awak tahu, sebenarnya sebelum jumpa awak sebagai pendamping hidup saya, saya buat solat hajat dulu, solat istikharah dulu supaya saya akan jumpa yang paling sesuai dan baik untuk saya. Saya tak mahu salah pilih dan hubungan tak kekal lama.


Dari hari itu la bermulanya hubungan kita..seingat saya hubungan kita bermula pada ______ kan kan. Saya tak penah lupa tarikh anniversary kita :) Tapi sejak hari tu jugak la hubungan kita mendapat tentangan daripada mak saya. Bila dapat tahu hubungan kita masa tu, mak saya marah sangat. Mak marah kenapa pilih awak? Kenapa tak bagitau dia dulu sebelum saya pilih awak.. Kan saya baru je masuk matrik, takut nanti terganggu pelajaran. Mak saya marah dan bimbang nanti kot2 saya asyik dgn awak je..saya selalu citer pasal awak kat mak saya supaya mak saya dapat tima awak..hmm..susah taw nk suruh mak saya suka awak..


Tapi lama-lama akhirnya mak dapat menerima awak dalam hidup saya. Sejak zaman matrik, kemudian masuk universiti, awak setia menemani saya. Itu yang membuatkan mak saya kagum pada awak! Kadang-kadang kita ada masalah, kadang-kadang awak buat hal, tapi bagi saya itukan kebiasaan.Setiap hubungan pasti ade masalah kan.Dugaaan...huhu.. Mana ada yang sempurna.Saya selalu sibuk..tapi awak selalu d hati saya..saya xpenah lupakan awak. Saya pun kadang-kadang abaikan awak, tinggalkan awak.. Saya minta maaf k..janji tak buat dah..saya akan sentiasa dengan awak=)


Tapi sepanjang hubungan kita, saya paling tensen ngan awak bila awak janji nak kejutkan saya suatu pagi tu, sebab ada hal penting. Tapi last-last awak tak kejut.. awak senyap je. Saya marah sangat sebab bangun lewat. Tapi rupanya masa tu awak tak sihat.. awak tak cakap pun. Tapi salah saya gak sebab tak concern.. huhu. Masa tu hubungan kita baru masuk 4 bulan.


Lebih setahun lepas tu saya bersendiri,awak biarkan saya senyap. saya sedih dan sunyi sangat.. baru saya tahu tak lengkapnya hidup saya tanpa awak. Tapi saya ngaku, dalam tempoh tu senarnya ada yang lain cuba memikat saya. Nak gantikan awak dalam hati saya. Tapi sori la saya nak layan.. awak je yang bertakhta kat hati saya. Saya tetap tunggu awak sembuh.br saya taw awak sakit.saya pom sakit.sakit hati.huhu..


Lepas kejadian tu, saya nampak awak jadi semakin kuat. Awak dah tak mudah sakit lagi.Awak pom selalu concern pasal saya..SAYANG AWAK!! Sejak itu kita tak penah lagi berjauhan. Saya gembira sangat.hubungan kita kekal hingga sekarang walaupom banyak dugaan yang kita tempuh bersama.


Awak, saya minta maaf sebab sepanjang tempoh hubungan kita, saya selalu terjatuhkan awak. Tapi awak langsung tak mengeluh, marah atau sakit. Saya selalu sakit kan awak..tapi awak senyap je layan kerenah saya..Saya sangat kagum ngan awak! Sekarang dah hampir 3 tahun hubungan kita, kan? Saya pun tak penah sangka yang kita akan kekal sejauh ini.


Makin lama, makin ramai yang saya jumpa yang lebih cantik,hensem dan 'up-todate', tapi saya tak kisah. Saya buat derk je. Dugaan gak la rasa. Memang saya tak nafikan, member-member saya selalu je bertukar-tukar pasangan. Ada yang tiap-tiap sem tukar! Mak aih, diorangkan suka tukar2 nie..tapi bukan saya..saya setia je gan awak..awak adalah segalanya bagi saya..

Tapi awak jangan risau ek, saya akan tetap setia ngan awak! Selama mana awak mahu terus bersama saya dan setia pada saya, saya takkan tinggalkan awak! Sebab dah banyak sangat kenangan yang kita kongsi bersama. Awak pun dah kenal sangat saya macamana kan? Huhu..Dari matrik sampai lah saya masuk UiA nie..hehehe..


Akhir kata, saya nak awak tahu yang saya sangat sayangkan awak! Awak sangat hebat buat saya. Dan saya minta maaf atas setiap kekurangan saya selama ni. Saya harap sangat kita akan tetap bersama dan saya nak awak ada masa saya dapat genggam segulung ijazah nanti! Awak tunggu tau..


Buat awak yang sentiasa setia,

Suka duka kita hadapi bersama,

Semua kenangan kita lalui bersama,

Terima kasih kerana menemani saya.

Buat awak yang sentiasa setia,

Sungguh saya tak pernah sangka,

Kita akan kekal bersama sangat lama,

Terima kasih kerana memahami saya.

Buat awak yang sentiasa setia,

Tanpa awak saya tak tahu hidup ini bagaimana,

Tanpa awak mungkin saya tak kemana-mana,

Terima kasih kerana sempurnakan saya.

Buat awak yang sentiasa setia,

Kekurangan saya awak terima seadanya,

Kelebihan saya kita rai bersama,

Terima kasih untuk segala-galanya.



p/s; Awak jangan risau ek, saya akan tetap setia ngan awak. Walaupun kat luar sana nun bermacam-macam jenama baru yang keluar. Acer ada,Motorola, HTC ada, Samsung ada, iPhone lagi laa.. ishk, dugaan tol.

Tapi awak sentiasa di hati saya, owhh henset Sony Ericssonku..hahahaha

kang korang dah kena tipu..haaa..jiwang agi..kahkahkahkah






*mood malas bt asgment..huhuhu..mula la mgarut..wakaka..

*Awak!!tima kasih kejutkan saya pagi2(^__^)v

hahahaha..




This entry was posted on 10:40 AM and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.